Fakta adalah fakta,dimana badan kita dipenuhi dengan 70% air. Tanpa air badan kita tidak dapat berfungi dengan baik. Tanpa air juga manusia tidak dapat hidup walaupun mempunyai udara dan makanan. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurang meminum 8 gelas air untuk memastikan sistem badan kita dapat berjalan dengan baik. Kita faham-faham sajalah kalau kurang air dalam badan apa yang kita rasa.
Persoalan pokoknya adakah kita mendapat sumber air yang benar-benar bersih dan menyihatkan tubuh kita Jika dahulu kala mungkin kita boleh mendapatkannya tatkala sungai masih lagi bersih, tiada lagi pencemaran. Hakikat yang nyata pada hari ini memang susah untuk mendapat air yang bersih dan menyihatkan.
Jika dilihat air yang ada dirumah kita memang bersih tetapi yakin ke kita air tersebut sihat. Ini kerana air yang mengalir ke rumah kita semuanya sudah diproses dengan bahan-bahan kimia. Kita sedar bila air tersebut dimasak rasanya lain dan kekadang mengeluarkan bau. Tanpa kita sedar ianya boleh merosakkan sistem badan kita untuk jangka masa yang panjang.
Sama-samalah kita renungkan bersama-sama..
No comments:
Post a Comment